Thursday, June 21, 2012

daily routine at home

alhamdullah skrg berada dirumah tercinta bak kate orang home sweet home..agak busy sbb tlg mama buat sample kuih raye..dah ade tempahan so kena la buat kn..lately mama da try buat blueberry cheese tart pulak..really delicious..biukan nak promote tau just bagitau je.. insyaallah nanty akn upload pic homemde coklat, marshmallow, n cookies yg mama wat..macam2 plan ngan mama tp xtau ble nak buatnya...k la..bye2..assalammualaikum...

Sunday, May 6, 2012

anda tahu anda gedix bila....





1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.


2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.


3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.


4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)


5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”


6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya.

betol ke?????

salam...
dah lama rasanya aku x buka blog aku ni...tadi aku terbaca satu blog yang menceritakan tentang perkahwinan penulis blog tersebut dengan pasangannya yang merupakan family arrange...aku tak tahu pendapat orang lain tentang perkara macam ni...tp bagi aku tak salah kalau kita terima pilihan keluarga kerana setiap keluarga mahukan yang terbaik untuk ahli keluarga mereka...aku bukan nak cakap yang bercinta sebelum kahwin tu tak bagus tp bagi aku bercinta selepas kahwin tu lagi elok sebab banyak manfaat yang kita akan dapat especially kita dapat hindarkan diri kita daripada maksiat dan juga zina...zina yang aku maksudkan bukanlah specific pada hubungan seks semata-mata tapi pada zina-zina yang lain juga...contohnya zina hati, zina mata, dll la...insyaallah aku juga nak bercinta selepas kahwin...biarlah orang nak kata aku ni bodoh atau apepun tapi yang penting aku nakkan keberkatan dalam hubungan yang aku nak bina nanti dan mahukan hubungan itu kekal ke akhir hayat seterusnya membawa ke syurga...insyaallah... lastly aku nak share lagu yang aku suke dengar,,,meh dengar same2 k..http://www.youtube.com/watch?v=ykzrwuDxyBY....wassalam...

Friday, December 2, 2011


Terbaca kisah adik ni dalam internet…..mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia…..dia cuma budak berusia 4 tahun….

Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….

Friday, October 28, 2011

motto hidupku....

semalam merupakan kenangan,
hari ini merupakan sejarah,
esok merupakan pengalaman..


ini merupakan kata-kata yang sering aku pgg dan aku ingati...
kata-kata ini sering menjadi pemangkin semangat kpd aku andai aku sdg t'luka o b'duka...
walaupun kata-kata ini xlah seberapa tp aku ttp ske...=)